Skip to main content

Sekarang Dah Jadi Budak Kolej

Assalammualaikum W.B.T

Huish cer usha sikit entri sebelom ni. Korang perasan apa? hahaha
mestilah tarikh kann.. last updated bulan March, tapi kira oklah kan March dalam tahun ni. haha

Ok ok harini tak tahulah angin puting beliung mana yang seru aku untuk tangan aku capai lappy dan buka blog yang dah lama tak berbuka. 
Haaa, kalau nak dengar cerita meh baca sampai habis.

Nak cerita hal aku? haa baca jelah.. 

Guys ! aku dah jadi budak kolej sekarangg ! ok aku tahulah korang kata aku macam jakun sebab korang dah tiga empat sem kat kolej kan.. hahaha!

Actually aku nih budak kolej yang daftar tanpa menghadapi orientasi. Untungkan aku..hehe

Sebab apa aku tak melalui orientasi? ermmm.. rata-rata student kata orientasi ni membosankan, so aku decide tak nak lalui orientasi ah. *macam kolej atuk aku jek nak buat sesuka hati* xD


Takdelah, korang jangan percaya citer-citer rekaan tu.
Sebenarnya aku tak lalui orientasi sebab aku adalah pelajar yang paling terakhir terlambat terlewat dan segala jenis 'terr' tu adalah aku. 

Ye aku ngaku aku pelajar yang terlambat daftar. Sebab before ni aku gi gatal-gatal ambik form 6 .. 
Akak dah kata susah tapi degil nak ambik jugak. Lastly give up .

Tapi korang yang ambik form 6 tu jangan give up macam aku pulak,
sebab form 6 ni idoklah susah pon bak kata orang-orang.. yang susahnya kita yang tak nak usaha.
Seperti tiga perkataan pernah berkata.. "Usaha Tangga Kejayaan".
Aku ni jenis insani yang susah nak hadam kalau ditanya pasal perniagaan dan nombor.. hahaha!
If korang yang power gedebus gedebas dengan nombor dan korang minat pasal bisnes, 
memang cunlah korang ambik form 6. 
Goodluck pelajar TINGKATAN 6 yang dah nak STPM tak lama lagi. Bitauffiq Wannajah !


Ok..
Now, aku dah masuk sem 2 .. baru abis cuti sem. *cuti sudah abis bro* xD
Result? tak payah tahulah tak penting gamaknya.. hahaha
Apa yang penting korang doakan aku bahagia dan berjaya dunia dan akhirat, pon dah cukup :*

Masuk Sem 2 ni ada second intake tau masuk kelas aku.. 6 orang je. So total kelas aku 8 orang je..
Oklah before ni cuma 3 orang, lagi sedih. hahaha!

Ok entry kali ni dah terpanjang.. hahaha
Yang terbuka blog usang ni dan sudi baca entry-entry poyo dalam blog saya nak ucapkan 
TERIMA KASIH SEBAB SUDI BACA . 
Ramai orang yang tak sanggup baca sebenarnya.. hahaha !

Ok bye ! 


p/s : Bitaufiq Wannajah kepada calon-calon STPM yang akan menghadapi exam !
        Buat yang terbaik dan bagi yang terbaik. InshaAllah semoga semuanya dipermudahkan Allah.
        Bagi student Marsah Sem 2 .. goodluck untuk Sem 2 ni, yang kecundang dan rasa down dengan
        keputusan imtihan sem 1.. its okay masa panjang lagi. Jangan give up. Sem 1   

        baru permulaan.*Cewah* . Oraite !

        -Usaha Tangga Kejayaan-


Wasalam..





Comments

Popular posts from this blog

#Untitled

Berlari menjadi orang yang berguna Berjalan menjadi pergerakan yang berfanmaat Bercakap membuahkan sesuatu yang berfaedah Bukan nak yang terbaik  Bukan nak yang sempurna Bukan nak yang cemerlang Sekadar mampu yang boleh untuk kita bersaing sihat tanpa menyakiti..

3 MAC 2015 Tarikh Keramat

Assalammualaikum. Ya Tuhan lama sangat tak update. Sebenarnya bukan sibuk pon, cuma tak ada idea nak cakap apa. Tapi harini nak ceritalah yang esok ni tarikh keramat ( 3MAC 2015 )  yang akan menggegarkan jantung pelajar batch'97, yang akan membuatkan mereka tidak tidur malam dan menjadikan mereka makan tak kenyang mandi tak basah ni.  Haa aku tahu batch'97 waktu-waktu ginilahkan masing-masing semua kecut perut ahh seram ahh. Satu lagi ayat yang biasa dengar 'Takut kecewakan parents' . Huh kalau petik ayat tu pon aku sebersalah dengar. Sebab esok  aku antara pelajar batch'97 yang terlibat akan ambil result SPM.  Bukan tak ada perasaan tapi cuma tak nak berharap untuk result yang cemerlang. Walaupun aku rasa subject basic okelah aku jawab masa kat dewan tu tapi confident tak beberapa nak singgah dalam diri ni.  Apa yang kepala otak tengah ligat fikir sekarang ni adalah aku cuma nak lulus dan dapat sijil. Itu je. Tapi bila pikir balik, tak bolehlah gitukan...

Pesawat #MH370 please come back...

Ya Allah dimanakah keberadaan Pesawat MH370? Kami tertanya-tanya.. Kami tahu ini mungkin satu amaran dariMu Ya Allah. Ya Allah sekiranya dilangit kau turunkanlah sekiranya di bumi kau keluarkanlah sekiranya didarat kau munculkanlah Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang tahu dimana keberadaannya. Ya Allah kasihanilah saudara dan ahli keluarga mangsa pesawat MH370 yang sedang dalam kesedihan. Kau kuatkanlah mereka dalam menghadapi dugaan yang kau turunkan kepada mereka juga kami Ya Allah. Berilah ketenangan dan kekuatan kepada mereka. Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang tahu perjalanan kehidupan kami Ya Allah. Ya Allah sesungguhnya kami tahu tiada yang boleh melawan kekuasaan dan kebesaranMu Ya Allah. Ya Allah sekuat dan sehebat mana kami manusia.. Kami tahu kami tidak mampu melawan kekuasaanMu. Hanya Engkau yang berkuasa mentadbir seluruh alam. Pesawat MH370 Please come back. :"(