Skip to main content

3 MAC 2015 Tarikh Keramat

Assalammualaikum.

Ya Tuhan lama sangat tak update. Sebenarnya bukan sibuk pon, cuma tak ada idea nak cakap apa. Tapi harini nak ceritalah yang esok ni tarikh keramat ( 3MAC 2015 )  yang akan menggegarkan jantung pelajar batch'97, yang akan membuatkan mereka tidak tidur malam dan menjadikan mereka makan tak kenyang mandi tak basah ni. 


Haa aku tahu batch'97 waktu-waktu ginilahkan masing-masing semua kecut perut ahh seram ahh. Satu lagi ayat yang biasa dengar 'Takut kecewakan parents'. Huh kalau petik ayat tu pon aku sebersalah dengar. Sebab esok aku antara pelajar batch'97 yang terlibat akan ambil result SPM. 

Bukan tak ada perasaan tapi cuma tak nak berharap untuk result yang cemerlang. Walaupun aku rasa subject basic okelah aku jawab masa kat dewan tu tapi confident tak beberapa nak singgah dalam diri ni. Apa yang kepala otak tengah ligat fikir sekarang ni adalah aku cuma nak lulus dan dapat sijil. Itu je. Tapi bila pikir balik, tak bolehlah gitukan, hidup ni harus ada hala tuju.. tapi aku takut kalau result tu menghampakan kedua orang tua macam mana?! haa.. ! *see ayat parents lagi yang keluar*

Aku dah berplanning secara spontan kalau lepas ambil result aku nak terus gerak pergi tempat yang ada banyak buku. Haa semestinyalah kedai bukukan tak pon library. Nak tahu kenapa? sebab tengok buku yang sangat banyak kat rak boleh hilangkan stress.. Kalau ada bajet sikit belilah dua tiga buah buku-buku yang ada tu adalah kepuasan bagi diri ni. Haa tak peliklah kan sebab aku tahu ramai antara dorang kat luar tu sama habit macam aku. Buku adalah kepuasan diri. Takde buku pon kan, apa susah sekarang teknologi semua panggil smartphone. So cari jelah buku-buku yang nak baca contoh macam kat GOODREADS ke kan. Haa macam-macam boleh. *Topik dah lari jauh*

Yang tadi tu planning spontan. Sekarang nak cerita yang esok ni, reaksi spontan aku. Adakah Sedih? Kecewa? Gembira? atau Bahagia? *semua pon sama maksudkan. hehe*
Tak tahulah macam mana. Kita tunggu esok. Tapi tak mungkin ahh kalau aku dapat result buruk nak bagi tahu orang. *Malu woii!* Kalau dapat cemerlang pon ingat aku nak bagitahu.. *takde maknanya* cukup family je tahu sudahlah.. nak menunjuk pon tak guna. Kita hormat orang lain yang mungkin ada kecewa atau gembira. 

Bijak pandai macam mana sekalipon kalau tiang agama separuh siap tak guna jugak.
Sebab dalam dunia ni kita memang boleh cemerlang. Tapi tanpa redha Allah kita tak boleh pergi jauh. Ok kawan-kawan.. Chill ! *Baik saya berhenti disini sebelum carutan saya lebih panjang*

Wassalam.




Comments

Popular posts from this blog

#Untitled

Berlari menjadi orang yang berguna Berjalan menjadi pergerakan yang berfanmaat Bercakap membuahkan sesuatu yang berfaedah Bukan nak yang terbaik  Bukan nak yang sempurna Bukan nak yang cemerlang Sekadar mampu yang boleh untuk kita bersaing sihat tanpa menyakiti..

Pesawat #MH370 please come back...

Ya Allah dimanakah keberadaan Pesawat MH370? Kami tertanya-tanya.. Kami tahu ini mungkin satu amaran dariMu Ya Allah. Ya Allah sekiranya dilangit kau turunkanlah sekiranya di bumi kau keluarkanlah sekiranya didarat kau munculkanlah Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang tahu dimana keberadaannya. Ya Allah kasihanilah saudara dan ahli keluarga mangsa pesawat MH370 yang sedang dalam kesedihan. Kau kuatkanlah mereka dalam menghadapi dugaan yang kau turunkan kepada mereka juga kami Ya Allah. Berilah ketenangan dan kekuatan kepada mereka. Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang tahu perjalanan kehidupan kami Ya Allah. Ya Allah sesungguhnya kami tahu tiada yang boleh melawan kekuasaan dan kebesaranMu Ya Allah. Ya Allah sekuat dan sehebat mana kami manusia.. Kami tahu kami tidak mampu melawan kekuasaanMu. Hanya Engkau yang berkuasa mentadbir seluruh alam. Pesawat MH370 Please come back. :"(