Skip to main content

Al-Fatihah untuk Arwah PakLong

Dari mana kita datang dari situ juga kita dikembalikan.
Sesungguhnya perancangan kehidupan kita itu sudah diatur oleh Allah
sejak dalam kandungan lagi.

Allah itu adil.
Memberi segala keperluan kepada hambanya.
Allah tidak kejam.
Malah memberi masa.
Allah juga tidak memaksa.
Malah Dia menunggu.

Cuma..
Kadang-kadang kita leka.
Kita abaikanNya.
Sehingga kita sakit dan terlantar.
Saat itu Allah dalam ingatan kita.

Berdoa..
Memohon ampun
Ketika terdesak.

Tetapi yang pergi tetap harus pergi.
Kerana setiap manusia yang hidup
pasti akan merasai mati.

Sahabat Tinta..
Empat hari yang lepas pada hari Isnin, 10 Februari 2014 bersamaan 9 RabiulAkhir 1435H
Allahyarham PakLong saya Ehsan bin Rakidin telah kembali kepada penciptanya.
Semoga Almarhum ditempatkan bersama hamba-hambanya yang beramal soleh. Saya ingin ambil sedikit masa sahabat untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada Almarhum PakLong saya. Semoga doa ikhlas kalian diberkati Allah walaupun hanya sepotong ayat.

~AL-FATIHAH~

Terima Kasih :' )

Comments

Popular posts from this blog

#Untitled

Berlari menjadi orang yang berguna Berjalan menjadi pergerakan yang berfanmaat Bercakap membuahkan sesuatu yang berfaedah Bukan nak yang terbaik  Bukan nak yang sempurna Bukan nak yang cemerlang Sekadar mampu yang boleh untuk kita bersaing sihat tanpa menyakiti..

3 MAC 2015 Tarikh Keramat

Assalammualaikum. Ya Tuhan lama sangat tak update. Sebenarnya bukan sibuk pon, cuma tak ada idea nak cakap apa. Tapi harini nak ceritalah yang esok ni tarikh keramat ( 3MAC 2015 )  yang akan menggegarkan jantung pelajar batch'97, yang akan membuatkan mereka tidak tidur malam dan menjadikan mereka makan tak kenyang mandi tak basah ni.  Haa aku tahu batch'97 waktu-waktu ginilahkan masing-masing semua kecut perut ahh seram ahh. Satu lagi ayat yang biasa dengar 'Takut kecewakan parents' . Huh kalau petik ayat tu pon aku sebersalah dengar. Sebab esok  aku antara pelajar batch'97 yang terlibat akan ambil result SPM.  Bukan tak ada perasaan tapi cuma tak nak berharap untuk result yang cemerlang. Walaupun aku rasa subject basic okelah aku jawab masa kat dewan tu tapi confident tak beberapa nak singgah dalam diri ni.  Apa yang kepala otak tengah ligat fikir sekarang ni adalah aku cuma nak lulus dan dapat sijil. Itu je. Tapi bila pikir balik, tak bolehlah gitukan...

Pesawat #MH370 please come back...

Ya Allah dimanakah keberadaan Pesawat MH370? Kami tertanya-tanya.. Kami tahu ini mungkin satu amaran dariMu Ya Allah. Ya Allah sekiranya dilangit kau turunkanlah sekiranya di bumi kau keluarkanlah sekiranya didarat kau munculkanlah Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang tahu dimana keberadaannya. Ya Allah kasihanilah saudara dan ahli keluarga mangsa pesawat MH370 yang sedang dalam kesedihan. Kau kuatkanlah mereka dalam menghadapi dugaan yang kau turunkan kepada mereka juga kami Ya Allah. Berilah ketenangan dan kekuatan kepada mereka. Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang tahu perjalanan kehidupan kami Ya Allah. Ya Allah sesungguhnya kami tahu tiada yang boleh melawan kekuasaan dan kebesaranMu Ya Allah. Ya Allah sekuat dan sehebat mana kami manusia.. Kami tahu kami tidak mampu melawan kekuasaanMu. Hanya Engkau yang berkuasa mentadbir seluruh alam. Pesawat MH370 Please come back. :"(