Skip to main content

Konvensyen Cinta Dambaan Syurga



Assalammualaikum pembaca tinta. Sihat semua? Alhamdulilah kalau sihat. Sekarang ni musim musim datang penyakit. So? jaga kesihatan korang baik baik ok.

Hari ni tak mau menaip ala ala sajak gitu. hehehe harini nak cerita sikit. Sikit je tak banyak ok. Alhamdulilah Allah utuskan seorang umatnya untuk mengizinkan saya ke Konvensyen ni. Kalau ikutkan saya tak mampu nak ke sini dengan yurannya yang agak mahal. Tapi segalanya atas izin Allah.

Pertama sekali saya nak ucapkan berjuta-juta terima kasih kepada cikgu saya Puan Aminah Rasuli yang sudi menaja segalanya untuk saya dan seorang lagi kawan saya ke sana. InsyaAllah yang terbaik tentunya saya akan dapat ilmu disana. 

Pembaca tinta doakan saya ye. Esok saya akan ke UTM untuk majlis Konvensyen Cinta Dambaan Syurga ni. Semoga segala urusan saya dipermudahkan Allah. InsyaAllah.

Tiba-tiba jadi tidak sabar. hehehe

Sekian,

Wasalam : )


Comments

Popular posts from this blog

#Untitled

Berlari menjadi orang yang berguna Berjalan menjadi pergerakan yang berfanmaat Bercakap membuahkan sesuatu yang berfaedah Bukan nak yang terbaik  Bukan nak yang sempurna Bukan nak yang cemerlang Sekadar mampu yang boleh untuk kita bersaing sihat tanpa menyakiti..

3 MAC 2015 Tarikh Keramat

Assalammualaikum. Ya Tuhan lama sangat tak update. Sebenarnya bukan sibuk pon, cuma tak ada idea nak cakap apa. Tapi harini nak ceritalah yang esok ni tarikh keramat ( 3MAC 2015 )  yang akan menggegarkan jantung pelajar batch'97, yang akan membuatkan mereka tidak tidur malam dan menjadikan mereka makan tak kenyang mandi tak basah ni.  Haa aku tahu batch'97 waktu-waktu ginilahkan masing-masing semua kecut perut ahh seram ahh. Satu lagi ayat yang biasa dengar 'Takut kecewakan parents' . Huh kalau petik ayat tu pon aku sebersalah dengar. Sebab esok  aku antara pelajar batch'97 yang terlibat akan ambil result SPM.  Bukan tak ada perasaan tapi cuma tak nak berharap untuk result yang cemerlang. Walaupun aku rasa subject basic okelah aku jawab masa kat dewan tu tapi confident tak beberapa nak singgah dalam diri ni.  Apa yang kepala otak tengah ligat fikir sekarang ni adalah aku cuma nak lulus dan dapat sijil. Itu je. Tapi bila pikir balik, tak bolehlah gitukan...

Pesawat #MH370 please come back...

Ya Allah dimanakah keberadaan Pesawat MH370? Kami tertanya-tanya.. Kami tahu ini mungkin satu amaran dariMu Ya Allah. Ya Allah sekiranya dilangit kau turunkanlah sekiranya di bumi kau keluarkanlah sekiranya didarat kau munculkanlah Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang tahu dimana keberadaannya. Ya Allah kasihanilah saudara dan ahli keluarga mangsa pesawat MH370 yang sedang dalam kesedihan. Kau kuatkanlah mereka dalam menghadapi dugaan yang kau turunkan kepada mereka juga kami Ya Allah. Berilah ketenangan dan kekuatan kepada mereka. Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang tahu perjalanan kehidupan kami Ya Allah. Ya Allah sesungguhnya kami tahu tiada yang boleh melawan kekuasaan dan kebesaranMu Ya Allah. Ya Allah sekuat dan sehebat mana kami manusia.. Kami tahu kami tidak mampu melawan kekuasaanMu. Hanya Engkau yang berkuasa mentadbir seluruh alam. Pesawat MH370 Please come back. :"(