Skip to main content

Dari mana kita datang dari situ juga kita dikembalikan

Sesungguhnya Allah itu maha adil.
Dalam setiap diri manusia itu dikurniakan sesuatu.
Permata mungkin?
Cuma kita je tak perasan.

Sehingga suatu hari nanti jika kita benar-benar perlukan
barulah ia akan perasan dan digunakan.
Sehingga kita di kembali semula kepadaNya.

Kita selalu dengar tentang kematian.
Kita tumpang simpati pada keluarga si mati.
Mungkin?
Kita bagi semangat kat keluarganya.
Mungkin?

Kadang-kadang kita baru nampak dia.
Sihat.
Tanpa sedar dapat berita yang dia dah takde.
Sedih.
Itulah takdir yang perlu diterima.

Ya Allah semoga kau berikan aku kudrat yang kuat pada hambaMu yang kerdil ini untuk terus beribadah kepada engkau Ya Allah sehingga hembusan nafasku yang terakhir.

Mohon sedikit masa pembaca tinta sekalian untuk sedekahkan Al-Fatihah buat kedua-dua hamba Allah yang telah kembali ke pangkuannya. Allahyarham AHMAD AMMAR BIN AHMAD AZAM (seperti yang semua orang tahu berita kematiannya) dan Allahyarham kawan sekolah saya MUHD HAZWAN BIN AZMAN.
Semoga kedua-dua almarhum ini ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. 

~AL-FATIHAH~

..Aminn..

Sedikit bingkisan video Almarhum Ahmad Ammar Ahmad Azam yang diambil dari YouTube. Video ini sangat menyedihkan apabila saya tengok. Kerana mungkin merasa ingin mengikuti jejak seperti arwah ini yang syahid dijalan Allah. Beliau juga digelar 'Syahid yang tertangguh' oleh para sahabat beliau. Ya Allah mulia sungguh hamba Allah ini. Ya Allah, sungguh! saya rasa tergamam melihat video ini dan semangat perjuangannya. Subahanallah..Allahuakbar..






Comments

Popular posts from this blog

#Untitled

Berlari menjadi orang yang berguna Berjalan menjadi pergerakan yang berfanmaat Bercakap membuahkan sesuatu yang berfaedah Bukan nak yang terbaik  Bukan nak yang sempurna Bukan nak yang cemerlang Sekadar mampu yang boleh untuk kita bersaing sihat tanpa menyakiti..

3 MAC 2015 Tarikh Keramat

Assalammualaikum. Ya Tuhan lama sangat tak update. Sebenarnya bukan sibuk pon, cuma tak ada idea nak cakap apa. Tapi harini nak ceritalah yang esok ni tarikh keramat ( 3MAC 2015 )  yang akan menggegarkan jantung pelajar batch'97, yang akan membuatkan mereka tidak tidur malam dan menjadikan mereka makan tak kenyang mandi tak basah ni.  Haa aku tahu batch'97 waktu-waktu ginilahkan masing-masing semua kecut perut ahh seram ahh. Satu lagi ayat yang biasa dengar 'Takut kecewakan parents' . Huh kalau petik ayat tu pon aku sebersalah dengar. Sebab esok  aku antara pelajar batch'97 yang terlibat akan ambil result SPM.  Bukan tak ada perasaan tapi cuma tak nak berharap untuk result yang cemerlang. Walaupun aku rasa subject basic okelah aku jawab masa kat dewan tu tapi confident tak beberapa nak singgah dalam diri ni.  Apa yang kepala otak tengah ligat fikir sekarang ni adalah aku cuma nak lulus dan dapat sijil. Itu je. Tapi bila pikir balik, tak bolehlah gitukan...

Pesawat #MH370 please come back...

Ya Allah dimanakah keberadaan Pesawat MH370? Kami tertanya-tanya.. Kami tahu ini mungkin satu amaran dariMu Ya Allah. Ya Allah sekiranya dilangit kau turunkanlah sekiranya di bumi kau keluarkanlah sekiranya didarat kau munculkanlah Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang tahu dimana keberadaannya. Ya Allah kasihanilah saudara dan ahli keluarga mangsa pesawat MH370 yang sedang dalam kesedihan. Kau kuatkanlah mereka dalam menghadapi dugaan yang kau turunkan kepada mereka juga kami Ya Allah. Berilah ketenangan dan kekuatan kepada mereka. Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang tahu perjalanan kehidupan kami Ya Allah. Ya Allah sesungguhnya kami tahu tiada yang boleh melawan kekuasaan dan kebesaranMu Ya Allah. Ya Allah sekuat dan sehebat mana kami manusia.. Kami tahu kami tidak mampu melawan kekuasaanMu. Hanya Engkau yang berkuasa mentadbir seluruh alam. Pesawat MH370 Please come back. :"(